Assalamualaikum wbt. Salam petang Khamis semua.
Alhamdulillah, 3rd entry hari ni nampaknya. Masih berterusan. Ketika entri ini ditulis, zana berada di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Menghadiri kelas talaqi. Rutin setiap malam khamis.
Okey, back to topic. Zana memulakan aktiviti Car Boot Sale Bantal (CBS) ni bantal sebelum bulan Ramadan tahun lepas. Kalau tak silap bulan Jun 2018. CBS pertama di Petronas Setia Alam. Cuaca panas terik ketika itu dan Trafik sangat sibuk, maklumlah, jalan utama. Gantung bantal di bonet dan bersedia menghayun bantal di tepi jalan. Masa tu malu jangan cakaplah. Memang malu. Tapi kuatkan semangat dan pakai lah shade, takdelah nampak malu sangat. 😅
Lebih sejam berada di situ, tiada yang berhenti bertanya apatah lagi membeli. Tidak lama, dapat panggilan sahabat reseller. Mengajak CBS di Bukit Jelutong. Tanpa berlengah, terua kemas bantal dan menuju ke Bukit Jelutong. Dalam masa kurang 15minit sampai ke destinasi, sahabat telah menanti. Zana terus saja set up bantal di bonet, usai saja set up, kami terus beraksi melambai bantal. Terus ada customer yang menyinggah, bertanyakan harga dan terus membeli. Seronok! Malu tu entah ke mana! Petang itu kami telah menjual lebih dari 20biji bantal dalam masa beberapa jam sahaja.
Benar, rezeki mesti ada untuk mereka yang berusaha. Yang penting rajin dan buang perasaan malu. Walaupun JUAL BANTAL JERR.... 😁😁
Benar, rezeki mesti ada untuk mereka yang berusaha. Yang penting rajin dan buang perasaan malu. Walaupun JUAL BANTAL JERR.... 😁😁
Tahniahhh
ReplyDeleteTq kakrose
Deletesimpan malu dlm poket bersama duit kepok2..heheh
ReplyDeleteYessszeee
Delete