Saturday, March 23, 2019

AWAY FROM BANTAL A WHILE...

Assalamualaikum wbt.  😘🌈

Hari ni sis cuti CBS, sebab ada jemputan kenduri di Sg Buloh. Alang² tu lajak ke Sg Leman, Sekinchan ziarah anak² buah di sana. Maka bersiaplah sis dan kedua orang tua sis.

Perjalanan sepatutnya hanya memakan masa lebih kurang sejam 15 minit dari pekan Sg Buloh. Namun dek kerana sesak orang balik kampung agaknya, kami tersangkut 2½jam .. πŸ˜„πŸ˜₯. Kasihan mama.. Penat dalam kereta lama². Mujur tak merungut.

Ketibaan kami di Sg Leman disambut dengan kehijauan jelapang padi sayup mata memandang.  Angin bertiup kencang,  udara yang sangat nyaman. Kelihatan benih padi baru di tanam lebih kurang sebulan.
Tiba saja di halaman rumah Atok Fadhil, kami di sambut oleh Atok Fadhil sendiri dan kedua² anak buah, iaitu Mirza dan Imaan. Gembira betul budak² ni dapat jumpa atok dan nenek. Maklumlah,  kami jarang dapat ziarah mereka. Kesihatan Atok Fadhil jugak kurang mengizinkan untuk memandu jauh.

Kami duduk di beranda rumah sahaja sambil menikmati angin petang, di samping minum petang dengan karipap panas buatan kakak ipar.  Serius, macam tak nak balik! Tali air pulak tengah penuh, rasa macam nak terjun aje panas² ni πŸ˜…πŸ˜†

Selepas lebih 2jam melepak di sana,  kami pun mahu beransur pulang. Tapi sebelum tu sis sempat hadiahkan bantal h classic sebiji kepada Atok Fadhil dan sebiji lagi kepada kakak ipar. Atok fadhil ada penyakit athma, manakala kak ipar pula ada darah tinggi. Harap² bantal tu dapat membantu mereka untuk tidur lebih lena.

Kami bergerak pulang ke Bukit Kapar selepas solat Asar dan tiba pada jam 6.40 pm. Alhamdulillah.


Hari ini tidak membantal, tapi dapat berkongsi kebaikan bantal itu dengan orang lain. Mudah mudahan. .Amin.

Esok membantal seperti biasa!

Ingat DAG®, Ingat Bantal Hotel"
"Sleep Like A King"

#cabaran21harientri
#day12

#dasabdulglobal
#fmsteam
#usahawandag
#dag®
#wonderpillow

wa.me/60193391696

No comments:

Post a Comment

Yeayy.. Its final!

Assalamualaikum wbt  πŸ˜‹πŸ˜πŸ˜πŸ˜˜ Akhirnya genap sudah cabaran 21 hari, 21 entri! Ada hadiah tak??  πŸ˜πŸ˜‚πŸ˜† Tak semua entri adalah hasil...