Saturday, March 16, 2019

JUAL BANTAL NI HATI KENA KENTAL BEB!

Assalamualaikum dan salam sore! 

Begitulah kehidupan. Yang pergi akan tetap pergi. Yang sedia ada harus meneruskan hidup. Walaupun tragis, Life must go on! Ayuh doakan mereka yang syahid semalam telah sampai ke syurga dengan gembira. Aamin.

Zana suka bercar boot sale ni. Walaupun banyak cabarannya,  namun terselit kepuasan setiap kali customer membawa pulang si putih gebu ni. Ada cabaran ke? Bukan ke senang jer.. Buka bonet, gantung bantal,  gantung bunting, dan jual! Tidak... Tidak semudah itu. Kita kena cari lokasi strategik, laluan tumpuan trafik, kawasan selamat untuk parkir dan paling penting tidak menganggu lalu lintas khususnya. 

Itu belum kalau tiba² hujan atau panas terik sepanjang hari (macam hari ni) . Muka sunburn dan gelap tu biasa dah. Hehe..  Dan belum lagi kena ambush dengan pihak majlis. (setakat ni belum lagilah)


Ada kalanya, bila dah dapat lokasi yang 'ngam', customer pulak tiada yang berhenti. Apatah lagi membeli. Sedangkan kita dah menghabiskan masa sepanjang hari menunggu di lokasi. (tak ingat berapa kali tukar tempat)  ini nama dia proses try and error. Kalau tak cuba,  memang tak tahu. Bak kata Doc,  Trust the process. Giteww... 

Dugaan hari ni, tayar pancit dan bateri tiba² kong. Kalau orang yang tak tabah,  rasanya tak keluar berniaga dah, duduk saja di rumah. Tapi duit takdelah.😁😅 Dannnnn...Sale juga kurang memberangsangkan hari ni. Mungkin orang belum gaji. Mana tahu. Senyum saja. Cukup masa kita tutup bonet dan balik.  



Itu sahaja perkongsian hari ini. Tak banyak pun. Cuma sedikit sharing bagi yang belum biasa CBS. Kepada yang bbnu, selamat ber cbs! Jumpa esok!  😁😀


"Ingat DAG®, Ingat Bantal Hotel"
"Sleep Like A King"

#cabaran21harientri
#day5

#dasabdulglobal
#fmsteam
#usahawandag
#dag®

wa.me/60193391696



No comments:

Post a Comment

Yeayy.. Its final!

Assalamualaikum wbt  😋😍😍😘 Akhirnya genap sudah cabaran 21 hari, 21 entri! Ada hadiah tak??  😍😂😆 Tak semua entri adalah hasil...