Saturday, March 30, 2019

Easy Rainbow Butter Cake

Assalamualaikum wbt  💕💕🍓🍓

Ok jap yer..
Sis nak share resepi rainbow cake yang paling simple, sedap dan senang nak buat. Biasanya rainbow cake, guna putih telur sahaja. My version, use the whole egg. Tak membazir.

RAINBOW BUTTER CAKE 🌈🌈🌈
Bahan²:
250gm butter (nak sedap, lemak guna anchor atau sebarang pure butter. Kalau tade, butter apa saja pun okey)
2 cup gula castor
½ tsp garam halus
3 cup tepung gandum (sis suka guna bakers choice)
4 tsp baking powder
5 biji telur (size A, kalau size B pun okey)
2 tsp esen vanilla
1½ cup susu full cream
Food coloring (biru,  ungu, hijau, merah, kuning dan jingga)

Untuk filling dan Coating
2 cup Fresh cream @ non diary whipping cream

Method:
1. Panaskan oven 170 darjah C (ikut oven masing²) dan grease loyang bulat 7" dengan minyak dan alas dengan parchment paper. Sekurang² nya ada 3 loyang. Ketepikan. 
2. Satukan butter,  garam dan castor. Pukul hingga kembang dengan high speed hingga butter bertukar warna kuning cair dan fluffy. 
3. Dengan medium speed, Masukkan telur satu persatu diikuti tepung 5 sudu besar. Tambahkan vanilla dan pukul dengan high speed hingga gebu dan sebati. 
4. Masukkan tepung dan susu secara alternate (tepung-susu-tepung-susu-tepung) pukul perlahan hingga semua tepung sebati dalam adunan. 
5. Bahagikan batter kepada 6 bahagian dan letakkan pewarna setiap satu. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 20 minit dengan suhu 170 darjah. 
6. Apabila kek sudah masak, keluarkan dari loyang dan biarkan sehingga betul² sejuk. 
7. Sementara menunggu kek sejuk, boleh pukul fresh cream tadi dengan kelajuan maxima sehingga cream menjadi gebu dan peak.  
8. Setelah kek sejuk, lepa fresh cream satu persatu mengikut susunan warna pelangi. Kemudian coating keseluruhan kek tersebut. Anda boleh deco ikut kreativiti masing². Simpan sebentar dalam fridge untuk set cream tersebut dan anda boleh nikmati rainbow cake anda! 🌈





Ingat DAG®, Ingat Bantal Hotel"
"Sleep Like A King"

#cabaran21harientri
#day19

#dasabdulglobal
#fmsteam
#usahawandag
#dag®
#wonderpillow

wa.me/60193391696

No comments:

Post a Comment

Yeayy.. Its final!

Assalamualaikum wbt  😋😍😍😘 Akhirnya genap sudah cabaran 21 hari, 21 entri! Ada hadiah tak??  😍😂😆 Tak semua entri adalah hasil...