Assalamualaikum!
2nd entry today! Seronok nampak? Ehh, mestilah... Hari ni accidently jumpa dengan Mami Ida Juhari..lepak dan sembang di KFC Pekan Sg Besi. Seperti kfc tu kami yang punya.. Hahaha!
Ralit bersembang sampai terkeluar kisah bagaimana terjebak dengan aktiviti membantal ni. Nak diringkaskan cerita, kisah bermula apabila kereta zana dan kereta ML zana sama² tersadai di tepi jalan. Kedua² nya bateri kong. 😅 (Maaf, terlupa pulak bagaimana boleh ter'add ML kat Facebook sebelum ni. Dan, kami bersembang menerusi aplikasi facebook sahaja ketika itu. Dari kisah kereta sehingga tertimbul topik bantal. Dari situ timbul minat untuk mencuba. Walaupun zana sedar, zana tak pernah menjual produk orang. Jeng jeng jeng... !
Bermula dari itu, zana start post di whatsapp² group dan status. Dan sejak itu, semakin banyak order masuk, seterusnya zana sign up untuk jadi Reseller sah (sejak April 2018...belum ada setahun pun 😄)
Seronok rupanya berniaga bantal ni. Sebab dapat pegang cash.. Yang banyak! Tapi cashflow ke laut sangat masa ni. Belum pandai manage..kadang simpan. Kadang tak. Kadang terpakai. Lepas tu tak ganti². Aduhai...tapi yes, sangat seronok. Pengalaman yang sangat berharga.
Apa yang seronok sangat jual bantal ni? Next...
Terbaik
ReplyDeleteTq 😀
Delete