Wednesday, March 20, 2019

APA BIG WHY KAMU?


Assalamualaikum dan selamat malam. Lewat sikit entri untuk hari ni.. Busy ape tah 😅

Malam ni suka zana nak kongsikan my BIG WHY.  Tak lain tak bukan, semestinya my parents. 😍 Pada usia 40 an begini,  tidak ramai yang masih stay dengan parents. Stay dan jaga. Itu dua benda yang berbeza yer. Sebelum ini juga zana stay berasingan dengan keluarga. Tak jauh mana, Putrajaya jer. Setelah hampir 10 tahun merantau di Putrajaya, akhirnya pada penghujung 2015, zana decide untuk pindah semula ke kampung halaman. 

Allah memang dah susun atur jalan hidup kita elok² kan?  Nak dijadikan kisah, pada Ogos 2016, my mom warded dan sejurus operation untuk kencing manis, Mama diserang stroke pula. Kali ni memang besar ujian Allah turunkan untuk keluarga kami. Selama sebulan berulang alik ke hospital. Bermulalah kisah nurse bidan terjun sejurus mama discaj. Sejak itu zana belajar banyak perkara dari segi simpton penyakit, penjagaan, dressing, terms, rawatan, ubatan dan even fisio pun kena belajar. Hinggakan setiap doktor pakar yang kami jumpa menyangka zana ni student medical! 😅

Rutin kehidupan kami sekeluarga berubah. Lebih² lagi zana yang masih bekerja ni. Masuk kerja lewat, limitkan out station dan waktu bekerja demi fokus kepada rehabilitasi mama. Walaupun kami berhadapan dengan kekangan kewangan, namun kami bersyukur apabila LZS membantu kami dari segi bantuan lampin pakai buang dan susu. 

Masa berlalu tanpa sedar, sudah lebih setahun mama stroke. Dan demi membantu abah untuk sama² menjaga mama,  tanpa berfikir panjang pada Disember 2017, zana tender resign letter. Just like that. 

Maka, pada 2018 bermula kehidupan dengan bekerja sendiri. The good things yang zana nampak, ujian ini merapatkan lagi hubungan kami sekeluarga kerana sebelum ini zana bukan sejenis yang rapat dengan parents. Tq Allah. Alhamdulillah. 

Alhamdulillah, walaupun pada awalnya income tak menentu, zana masih survive! Yeahhh. .! 
Sehinggalah zana bertemu dengan produk DAG ni...next April, genap setahun bersama DAG! 💪
Apa saja yang zana lakukan,  semua adalah untuk keluarga, di samping cuba melunaskan hutang² terakru.. Hehe.. Apa pepatah mat salleh tu? Bread winner of the family? Blasah... Hahaha..Asalkan u happy with what u do. 

Alright, sampai sini dulu coretan malam ni. Doakan mama selalu sihat, abah n zana selalu sihat untuk menjaga mama okey!

Wasalam. 


Ingat DAG®, Ingat Bantal Hotel"
"Sleep Like A King"

#cabaran21harientri
#day9

#dasabdulglobal
#fmsteam
#usahawandag
#dag®
#wonderpillow

wa.me/60193391696



No comments:

Post a Comment

Yeayy.. Its final!

Assalamualaikum wbt  😋😍😍😘 Akhirnya genap sudah cabaran 21 hari, 21 entri! Ada hadiah tak??  😍😂😆 Tak semua entri adalah hasil...