Saturday, March 30, 2019

Easy Rainbow Butter Cake

Assalamualaikum wbt  💕💕🍓🍓

Ok jap yer..
Sis nak share resepi rainbow cake yang paling simple, sedap dan senang nak buat. Biasanya rainbow cake, guna putih telur sahaja. My version, use the whole egg. Tak membazir.

RAINBOW BUTTER CAKE 🌈🌈🌈
Bahan²:
250gm butter (nak sedap, lemak guna anchor atau sebarang pure butter. Kalau tade, butter apa saja pun okey)
2 cup gula castor
½ tsp garam halus
3 cup tepung gandum (sis suka guna bakers choice)
4 tsp baking powder
5 biji telur (size A, kalau size B pun okey)
2 tsp esen vanilla
1½ cup susu full cream
Food coloring (biru,  ungu, hijau, merah, kuning dan jingga)

Untuk filling dan Coating
2 cup Fresh cream @ non diary whipping cream

Method:
1. Panaskan oven 170 darjah C (ikut oven masing²) dan grease loyang bulat 7" dengan minyak dan alas dengan parchment paper. Sekurang² nya ada 3 loyang. Ketepikan. 
2. Satukan butter,  garam dan castor. Pukul hingga kembang dengan high speed hingga butter bertukar warna kuning cair dan fluffy. 
3. Dengan medium speed, Masukkan telur satu persatu diikuti tepung 5 sudu besar. Tambahkan vanilla dan pukul dengan high speed hingga gebu dan sebati. 
4. Masukkan tepung dan susu secara alternate (tepung-susu-tepung-susu-tepung) pukul perlahan hingga semua tepung sebati dalam adunan. 
5. Bahagikan batter kepada 6 bahagian dan letakkan pewarna setiap satu. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 20 minit dengan suhu 170 darjah. 
6. Apabila kek sudah masak, keluarkan dari loyang dan biarkan sehingga betul² sejuk. 
7. Sementara menunggu kek sejuk, boleh pukul fresh cream tadi dengan kelajuan maxima sehingga cream menjadi gebu dan peak.  
8. Setelah kek sejuk, lepa fresh cream satu persatu mengikut susunan warna pelangi. Kemudian coating keseluruhan kek tersebut. Anda boleh deco ikut kreativiti masing². Simpan sebentar dalam fridge untuk set cream tersebut dan anda boleh nikmati rainbow cake anda! 🌈





Ingat DAG®, Ingat Bantal Hotel"
"Sleep Like A King"

#cabaran21harientri
#day19

#dasabdulglobal
#fmsteam
#usahawandag
#dag®
#wonderpillow

wa.me/60193391696

Friday, March 29, 2019

Indahnya Bumi di Bawah Bayu

Assalamualaikum wbt.  🍓🍓💕💕

Hai guys.. Sis nak tanya, bila kali terakhir korang travel? Atau getaway? Paling jauh ke mana?
Agak lama rasanya tak travel atau holiday jejauh.. Last sekali ke Bandung pada 2013. So tahun lepas my friend and i plan untuk bercuti ke KK..  Yes.. Kota Kinabalu. Merangkap Kundasang sekali. So pertengahan tahun lepas, kami pun google tix AA dan travel agent yang akan menguruskan perjalanan kami di sana nanti. Dan kami pun mula menabung untuk duit ground dan duit jajan katanya..

Pada pagi yang hening, tanggal 6 Mac 2019 jam 4.00 pagi kami tiba di KLIA2. Dan kisah pun bermula.. Jeng.. Jeng. .Jeng..!

IC gua tade beb! Aah sudah! Yer benar.. Ic sis hilang,  MIA aka  tak ada. Puas cari dan selongkar dalam beg. call adik minta check dalam kereta, negatif!  Masa tu hampir jam 5.00pagi dan waktu untuk check in. Setelah bertanya sana dan sini, sis tak boleh check in tanpa ic. Especially untuk masuk Sabah dan Sarawak. Harus ada ic. Allah,  cuainya aku.. IC adalah perkara terakhir dalam otak aku sebelum tiba di airport pagi tu. My bad, careless.

Well,  all the girls Selamat check in dan fly ke KK. While me, rushing turun ke bawah, cari balai polis dan buat report. Jam baru 5.30, terus ke surau. Bersiap untuk solat subuh. Selesai solat subuh,  terus ke terminal ERL, 6.30pagi shoot ke Putrajaya Sentral. Dalam perjalanan,  sis wassap kawan yg stay di sana. Minta tolong fetch di sentral and drop di JPN Putrajaya, mujur ada kawan! Fuhh

Sementara tunggu kawan ambil,  sempat lagi make up. 😆 yerlah,  nak buat ic baru kan.. .😅

Sampai di JPN, terus ambil nombor. Isi borang, tulis surat dan bayarlah denda pertama kali hilang ic tu.. Nahh.. Rm80 terbang.. Ermm.. Ai is Redho. Dalam masa 30minit, dah dapat collect ic baru. Yeay! Belum habis di situ lagi yer...

Kan dah kena tinggal flight awal paginya, jadi terpaksalah beli tiket lain. Kenapa tak kensel trip? Sebab sis dah bayar utk semua ground trip di KK. Tiket terawal jam 10.20  dah habis, jadi terpaksa ambil tiket kemudian, Jam 1.50pm. Ding dong ding dong,  2.15 baru take off.  Lebih kurang 4.30pm zana tiba di KK. Alhamdulillah. Mujurlah ada standby cash dalam akaun.. Huhu..   Ehh.. Belum habis lagiii.. Hahahaha..

By that hour, the girls dah hampir tiba di Kundasang. Ada driver yang standby untuk ambil sis di airport dan drive ke Kundasang. Tapi kosnya meruntun jiwa 😥. So i choose to pick up grab. Ding dong ding dong, tunggu punya tunggu, dakwe dakwi,  dapat grab yg baik hati untuk bawa sis ke sana dengan kos separuh dari driver tadi. Alhamdulillah. Setelah 2jam lebih bergolak golek dalam kereta panjat bukit, muntah pening semua ada, jam 9.00 sis sampai di Kundasang. Dah malam beb,  tak nampak ape dah.  Cuma dapat rasa angin yang maha sejuk di atas sana. Kata sebelah gunung kan. .. Dan sis terlepaslah untuk melawat beberapa tempat menarik pada siang sebelum itu.. Tak mengapalah.. Takda rezeki. The next day sis follow the girls as schedule..

MOTS: Selalu check barang penting kita. Kadang² kita tak sedar bila masa ia tercicir atau tertinggal di mana², seperti apa yang berlaku pada sis. Dan,  jangan over confident. Kan dah kena! 😅

Ajom, sis belanja sikit gambar² kenangan di sana. Alhamdulillah, Allah bagi juga rezeki bermusafir di KK walau banyak dugaan.












Ingat DAG®, Ingat Bantal Hotel"
"Sleep Like A King"

#cabaran21harientri
#day18

#dasabdulglobal
#fmsteam
#usahawandag
#dag®
#wonderpillow

wa.me/60193391696

Thursday, March 28, 2019

Beruntunglah Tujuh Golongan Ini...

Assalamualaikum wbt. 🍓💕🍓💕
MUNGKIN kita pernah mendengar hadis tentang segolongan manusia yang akan mendapat naungan Allah SWT pada hari kiamat. Namun, siapakah golongan yang dimaksudkan itu? Pasti kita tertanya-tanya apakah amalan yang menyebabkan mereka mendapat naungan Allah SWT itu. Mari kita merenung sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Tujuh golongan yang akan mendapat naungan Allah SWT pada hari yang tidak ada naungan kecuali naungan-Nya. Pemimpin yang adil, pemuda yang menyibukkan dirinya beribadah kepada Allah SWT, seorang yang hatinya selalu terikat dengan masjid, dua orang yang saling mencintai kerana Allah, berkumpul dan berpisahnya kerana Allah, seseorang lelaki yang diajak berzina oleh wanita yang kaya dan cantik, lalu ia menolaknya sambil berkata ‘aku takut kepada Allah’. Seseorang yang bersedekah dengan secara sembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfaqkan oleh tangan kanannya, serta seorang yang berzikir mengingati Allah dikala sendiri hingga mengalir air matanya.” (Sahih Bukhari, Hadis No 620).
Dalam hadis tersebut menceritakan terdapat tujuh golongan yang mendapat naungan Allah. Naungan Allah disini bermaksud naungan dari Arasy Tuhannya, atau boleh ditafsirkan sebagai kinayah iaitu dalam lindungan Allah dan ditempatkan di tempat yang dimuliakan. Tujuh golongan tersebut ialah:
Pertama: Pemimpin yang adil.
Pemimpin di sini ialah seorang yang diberi tanggungjawab yang diamanahkan dengan amanah beserta adil, contohnya Ketua Negara, Presiden, ketua kampung mahupun ketua keluarga. Dalam hadis, Rasulullah besabda: “Setiap daripada kamu adalah ketua, dan setiap daripada kamu akan dipersoalkan apa yang telah dipertanggungjawabkannya”. Oleh itu, setiap pemimpin haruslah melaksanakan tanggungjawabnya dengan adil kerana setiap apa yang diamanahkan akan ditanya dihadapan Allah SWT kelak.
Kedua: Pemuda yang hidup dalam beribadah.
Usia muda sangatlah berharga bagi seorang yang bergelar manusia. Pada zaman yang serba mencabar inilah yang menguji tahap keimanan dan kesabaran kita. Hanya mereka yang kuat imannya sahaja yang mampu mengharunginya. Sebagaimana kisah 7 orang pemuda (Ashabul Kahfi) yang Allah selamatkan mereka dari penguasa yang zalim dalam mentauhidkan Allah.
Ketiga: Seseorang yang hatinya terikat dengan masjid.
Seseorang yang istiqamah dalam melakukan ibadah fardhu secara berjemaah di masjid, hatinya pasti akan gelisah apabila jauh dari masjid dan berasa sedih jika tidak dapat menunaikannya di masjid. Ini kerana apabila hatinya sudah merasai kelazatan iman pastinya akan merasa gelisah jika tidak berada dimasjid kerana disitu terdapat ketenangan yang tiada di tempat yang lain.
Keempat: Dua orang yang saling mencintai kerana Allah, berkumpul dan berpisah kerana Allah.
Golongan yang keempat ini adalah tahap tingkatan iman yang tertinggi dimana mereka saling menjaga hubungan mereka dengan Allah. Bertemu mereka dengan asbab dalam mengingati pencipta dan berpisahnya mereka juga dalam zikir mengingati Allah. Mereka ini selamat dari fitnah pada hari kiamat kelak.
Kelima: Seorang lelaki yang diajak berzina oleh seorang perempuan yang kaya dan cantik tetapi ia menolaknya dan berkata, “aku takut kepada Allah”.
Golongan kelima ini adalah mereka yang mempunyai tahap keimanan yang teguh yang menjaga imannya dari tercemar. Sebagaimana yang diceritakan dalam al-Quran mengenai perihal nabi Yusuf a.s. ketika mana didatangi Zulaikha untuk menggodanya melakukan maksiat. Nabi Yusuf yang ingin menjaga kehormatan dirinya rela dirinya dipenjara dari melakukan maksiat kepada Tuhannya. Berbahagialah mereka yang dapat memelihara dirinya dari melakukan maksiat kepada Allah kerana Allah telah menjanjikan balasan syurga bagi mereka.
Keenam: Seseorang yang bersedekah dengan sembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfaqkan oleh tangan kanannya.
Antara kelebihan sedekah adalah dibukakan oleh Allah SWT akan pintu rezeki kepadanya dan dihapuskan dosanya. Sedekah secara sembunyi “sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfaqkan oleh tangan kanannya” adalah mereka yang bersedekah dengan ikhlas hati sehingga tiada yang mengetahui apa yang diinfaqkannya. Bersempena dengan bulan Ramadhan yang bakal tiba tidak lama lagi, marilah sama-sama kita perbanyakkan bersedekah kerana pahala ganjarannya akan dilipat gandakan.
Ketujuh: Seseorang yang berzikir mengingati Allah ketika bersendirian sehingga mengalirkan air matanya.
Mengingati Allah sehingga mengalirkan air mata keinsafan adalah sesuatu yang amat sukar, melainkan bagi mereka yang sentiasa dalam hidayah dan petunjuknya. Antara ciri-ciri orang yang teguh imannya adalah, mereka yang ketika mana mendengar nama Allah maka bergetarlah hati mereka dan bertambahnya iman mereka. Dengan mengingati Allah juga hati kita akan takut untuk melakukan maksiat. Mereka yang sentiasa berzikir mengingati Allah akan lebih tenang jiwanya. Sebagaimana firman Allah di dalam Al-Quran yang bermaksud,
“Sesungguhnya dengan berzikir mengingati Allah hatinya akan tenang”.
Kesimpulannya, sebagai seorang hamba yang banyak melakukan dosa kekhilafan, marilah kita bersama-sama mengambil ibrah atau pengajaran daripada hadis diatas. Diharap kita semua termasuk dalam salah seorang daripada  tujuh golongan yang mendapat naungan Allah di hari kiamat kelak, kerana pastinya naungan Allah sahajalah yang didambakan oleh setiap hamba-Nya dan dapat menyelamatkan diri kita daripada pedihnya hari perhitungan. – HARAKAHDAILY 11/5/2017
Credit: Pelajar Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Ingat DAG®, Ingat Bantal Hotel"
"Sleep Like A King"

#cabaran21harientri
#day17

#dasabdulglobal
#fmsteam
#usahawandag
#dag®
#wonderpillow



wa.me/60193391696

Wednesday, March 27, 2019

Tip kekal sihat dan cantik semasa Ramadhan

Assalamualaikum wbt  💕🍓💕🍓

KESIHATAN dan kecantikan merupakan salah satu nikmat dan rahmat Allah yang sangat besar diberikan kepada umat manusia. Setiap orang ingin kelihatan sihat dan cantik tidak kira dalaman dan juga luaran terutamanya pada bulan Ramadhan yang akan menjelma tidak lama lagi. Antara tip yang patut diamalkan bagi setiap insan ialah mandi sebelum subuh. Tip ini sangat mudah diamalkan dan juga banyak kebaikannya jika diamalkan setiap hari.
Menurut  kajian sains, kandungan gas ozon pada waktu pagi lebih tinggi dari waktu lain. Oleh itu, gas ozon ini juga amat penting untuk tubuh badan kita. Jika kita mandi sebelum subuh, ia bukan sahaja membersihkan malah memberikan kesegaran dan kecantikan untuk tubuh badan kita. Terdapat  enam kebaikan dan manfaat mandi sebelum subuh yang kita patut tahu dan harus mengamalkannya.
Kebaikan yang pertama ialah  jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi di waktu pagi dan menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. Begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat dan tidak mudah rosak. Kulit kita juga akan kelihatan lebih lembut dan halus.
Melalui mandi sebelum subuh, ia dapat melancarkan peredaran darah. Jika peredaran darah kita lancar, tubuh badan kita akan lebih sihat, cergas, dan bertenaga. Dengan memiliki badan yang cergas dan bertenaga kita dapat melakukan aktiviti harian dan juga ibadah wajib kepada Allah dengan bersemangat tanpa rasa letih walapun berada pada bulan Ramadhan.
Kebaikan yang ketiga, mandi sebelum subuh dapat meningkatkan kesuburan dan kesihatan hormon terhadap lelaki dan wanita. Pada waktu awal pagi, kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif malah meningkatkan hormone testosteron bagi lelaki manakala hormon estrogen untuk wanita.
Risiko darah tinggi juga dikatakan dapat dikurangkan bagi yang memiliki penyakit darah tinggi apabila mengamalkan mandi sebelum subuh setiap hari. Insya-Allah, dengan izin Allah, jika ia diamalkan selalu, mungkin kesihatan kita lebih baik dan terhindar dari segala penyakit tidak kira risiko darah tinggi  dan juga penyakit-penyakit lain.
Mandi sebelum subuh juga dikatakan dapat mengurangkan tekanan serta kita akan berasa tenang. Air yang sejuk pada waktu pagi sebelum subuh akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. Bagi yang mengalami depresi atau dengan kata lain tekanan yang mungkin disebabkan bebanan masalah, inilah cara yang terbaik untuk anda menghilangkannya.
Kebaikan yang keenam mandi sebelum subuh terhadap tubuh badan kita ialah dapat meningkatkan sel darah putih. Mandi dengan air sejuk dapat meningkatkan sel darah putih yang berfungsi sebagai daya tahan penyakit serta tubuh badan kita boleh melawan virus.
Islam amat menitikberatkan kesihatan sebagaimana Islam menjaga jiwa dan akal penganutnya. Rasulullah SAW  ada bersabda;  
“Sesungguhnya kamu mempunyai tanggungjawab untuk menunaikan hak terhadap tubuh badan kamu”. (Hadis Riwayat Muslim)
Oleh itu marilah kita sama-sama menjaga kesihatan dan kecantikan tubuh badan kita dengan mengamalkan tip yang bermanfaat seperti mandi sebelum subuh setiap hari supaya menjadi mukmin yang kuat dan cergas dari segi fizikal, mental, emosi, dan rohani. Dengan memiliki tubuh badan yang sihat, kita berupaya untuk mencapai matlamat kehidupan berpandukan agama yang diredhai Allah dengan sempurna. Rasulullah  SAW ada bersabda yang bermaksud;
“Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada mukmin yang lemah, dan pada keduanya ada kebaikan.” (Hadis Riwayat Muslim). – HARAKAHDAILY 12/5/2017

Credit: Student UIA,  Gombak 

Ingat DAG®, Ingat Bantal Hotel"
"Sleep Like A King"

#cabaran21harientri
#day16

#dasabdulglobal
#fmsteam
#usahawandag
#dag®
#wonderpillow



wa.me/60193391696

Tuesday, March 26, 2019

Love Quotes!

@LoveQuotes: 
Don't talk, just act. Don't say, just show. Don't promise, just prove.

Hope for love,pray for love, wish for love,  dream for love...but don't put your life on hold waiting for love...
(and that sounds me😅)

To be loving is to love the person the way they want to be loved, not the way we want to love them and not the way we think they should be loved 💕💕💕

Love is life's end, but never ending. Love is life's wealth, never spent, but ever spending. Love's life's reward, rewarded in rewarding.







Ingat DAG®, Ingat Bantal Hotel"
"Sleep Like A King"

#cabaran21harientri
#day15

#dasabdulglobal
#fmsteam
#usahawandag
#dag®
#wonderpillow



wa.me/60193391696






Monday, March 25, 2019

Faedah Lemon Beku Terhadap Kesihatan

Assalamualaikum wbt 🍋🍋🍋

Anda suka lemon? Hiris dan masukkan ke dalam hot tea atau teh O ais. Fuhh.. Nyaman! Namun,  apa pula khasiat lemon beku ni? 
Lemon beku mempunyai banyak faedah kesihatan yang lebih menakjubkan daripada yang anda jangkakan! Sifatnya berubah dan mereka 1000 kali lebih berkesan daripada kemoterapi.

Penyelidikan baru mendapati  bahawa lemon beku dapat mencegah kanser payudara.
Semakin banyak orang mengakui bahawa buah ini harus dimakan sepenuhnya bukan hanya untuk menikmati rasanya yang nikmat tetapi untuk mendapatkan sifat penyembuhannya juga.
Menurut kajian, kulit lemon mengandung 5 sampai 10 kali lebih banyak vitamin daripada jus itu sendiri dan ini membantu mengeluarkan racun dari tubuh.
Doktor mengesahkan bahawa cara ini adalah 10.000 kali lebih efektif dari kemoterapi tradisional. Malahan kesannya lebih mujarab apabila ditambahkan dengan baking soda
Berikut adalah di antara manfaat kesihatan yang menakjubkan dari lemon:
  • Membantu Anda untuk membersihkan ginjal dan hati.
  • Mencegah gejala asma.
  • Meningkatkan sistem kekebalan tubuh Anda.
  • Memecahkan masalah terkait bakteri secara efektif.
  • Mencegah dan mengobati tekanan dan depresi.
  • Mengurangi risiko stroke.
  • Memberikan hasil yang luar biasa dalam pengobatan peradangan.
  • Mengontrol tekanan darah.
  • Mengurangi sel kanker yang ada di dalam tubuh.
Cara membuat lemon beku: 
  1. Beli lemon yang segar dan cuci dengan menggunakan baking soda atau cuka epal.
  2. Bilas lemon tersebut dengan air dan keringkan dengan tuala. 
  3. Kemudian masukkan lemon tersebut ke dalam bekas plastik dan letakkan di dalam freezer dan biarkan semalaman.
  4. Setelah lemon tersebut membeku, parut atau potong lemon beku itu dengan halus. Anda boleh menambahkannya ke dalam hidangan diet Anda dan juga dapat ditaburkan pada salad, sup, sereal, mee dan kuah spaghetti.
  5. Cara lain untuk menikmati lemon beku adalah letakkan parutan lemon beku tadi ke dalam bekas untuk membuat ais dan bekukan kembali di dalam freezer. 
  6. Keluarkan pada bila² masa ketika ingin menggunakannya, seperti menambahkannya ke dalam air teh, jus, ais krim dan lain-lain.
  7. Selain itu, Anda juga dapat memotong lemon pada ukuran yang lebih kecil dan masukkan ke dalam plastik berzip sebelum dimasukkan kembali ke dalam freezer. 
Jus lemon dapat digunakan pada kulit Anda dengan mencairkan lemon tersebut dengan air dan oleskan pada kulit Anda. Ini akan membuat kulit lebih lembut, bersih dan dapat menghilangkan jerawat.

Ingat DAG®, Ingat Bantal Hotel"
"Sleep Like A King"

#cabaran21harientri
#day14

#dasabdulglobal
#fmsteam
#usahawandag
#dag®
#wonderpillow



wa.me/60193391696

Sumber: Erabaru.Com

Sunday, March 24, 2019

Amalan ‘Tidur Sekejap’ Di Siang Hari Bukan Tanda Orang Malas Tapi Untuk Kesihatan

Assalamualaikum wbt. 

Apa itu Tidur sekejap atau napping? 

                
Sesetengah kita menganggap tidur sebentar atau lelap pada siang hari akan mengundang kesihatan. Ia juga sering diperkatakan oleh segelintir masyarakat seperti perlakuan orang malas.
Namun tidak semua orang tahu akan kelebihan tidur sejenak pada waktu siang merupakan amalan harian oleh Nabi Muhammad SAW dan umat Islam sejak dahulu. Ia juga sering dipraktikkan oleh orang barat.
Rasullah SAW menggalakan  orang ramai tidur siang suapaya pada waktu tengah malam mudah terjaga untuk bangun tunaikan solat sunat tahajud.
Ia dianggap praktis berkesan untuk menyegarkan semula badan dan minda juga dikenali sebagai ‘power nap‘. Daripada perspektif Islam, tidur sekejap pada siang hari salah satu amalan yang baik.
Bayangkan dari pagi hingga ke petang kita terlalu fokus untuk tugasan dan kerja sehingga kita lupa untuk memberikan tubuh badan dan mindawaktu rehat yang optimum dengan kaedah yang epat.
Secara saintifiknya telah terbukti bahawa waktu tengah hari merupakan masa yang paling sesuai untuk ‘power nap‘. Sepertimana yang kita tahu, dalam sistem pekerjaan akan memperuntukan masa untuk berehat setelah berjam-jam keletihan. Waktu itulah sangat bermanfaat untuk anda tidur sejenak daripada berbual kosong dengan rakan.
Fasa tengah hari ini dipanggil oleh para sarjana sebagai fasa kelesuan pada pertengahan hari. Tempoh untuk tidur pula dikatakan mencukupi dalam lingkungan 20 hingga 30 minit.
Ini adalah kerana waktu tidur yang berlebihan pula akan menyebabkan gangguan kepada tubuh badan yang akan menjadi lesu dan malas untuk bekerja semula.
Untuk pengetahuan semua, jika anda tidur sekejap pada siang hari tidak akan menganggu masalah tidur malam anda. Malah ia akan menyempurnakan tidur malam anda dengan indah.
Masih tercari-cari bantal yang sesuai? 😁😁 klik pada pautan di bawah.

Ingat DAG®, Ingat Bantal Hotel"
"Sleep Like A King"

#cabaran21harientri
#day13

#dasabdulglobal
#fmsteam
#usahawandag
#dag®
#wonderpillow



wa.me/60193391696

Saturday, March 23, 2019

AWAY FROM BANTAL A WHILE...

Assalamualaikum wbt.  😘🌈

Hari ni sis cuti CBS, sebab ada jemputan kenduri di Sg Buloh. Alang² tu lajak ke Sg Leman, Sekinchan ziarah anak² buah di sana. Maka bersiaplah sis dan kedua orang tua sis.

Perjalanan sepatutnya hanya memakan masa lebih kurang sejam 15 minit dari pekan Sg Buloh. Namun dek kerana sesak orang balik kampung agaknya, kami tersangkut 2½jam .. 😄😥. Kasihan mama.. Penat dalam kereta lama². Mujur tak merungut.

Ketibaan kami di Sg Leman disambut dengan kehijauan jelapang padi sayup mata memandang.  Angin bertiup kencang,  udara yang sangat nyaman. Kelihatan benih padi baru di tanam lebih kurang sebulan.
Tiba saja di halaman rumah Atok Fadhil, kami di sambut oleh Atok Fadhil sendiri dan kedua² anak buah, iaitu Mirza dan Imaan. Gembira betul budak² ni dapat jumpa atok dan nenek. Maklumlah,  kami jarang dapat ziarah mereka. Kesihatan Atok Fadhil jugak kurang mengizinkan untuk memandu jauh.

Kami duduk di beranda rumah sahaja sambil menikmati angin petang, di samping minum petang dengan karipap panas buatan kakak ipar.  Serius, macam tak nak balik! Tali air pulak tengah penuh, rasa macam nak terjun aje panas² ni 😅😆

Selepas lebih 2jam melepak di sana,  kami pun mahu beransur pulang. Tapi sebelum tu sis sempat hadiahkan bantal h classic sebiji kepada Atok Fadhil dan sebiji lagi kepada kakak ipar. Atok fadhil ada penyakit athma, manakala kak ipar pula ada darah tinggi. Harap² bantal tu dapat membantu mereka untuk tidur lebih lena.

Kami bergerak pulang ke Bukit Kapar selepas solat Asar dan tiba pada jam 6.40 pm. Alhamdulillah.


Hari ini tidak membantal, tapi dapat berkongsi kebaikan bantal itu dengan orang lain. Mudah mudahan. .Amin.

Esok membantal seperti biasa!

Ingat DAG®, Ingat Bantal Hotel"
"Sleep Like A King"

#cabaran21harientri
#day12

#dasabdulglobal
#fmsteam
#usahawandag
#dag®
#wonderpillow

wa.me/60193391696

Friday, March 22, 2019

DAG Gala Dinner 2019 - Tenera Hotel, BBB

Assalamualaikum wbt. 😘😍🌈

It's a throwback!  😀
Entri kali ni zana suka nak kongsi sedikit moment² ketika kami hadiri Gala Dinner baru² ini di Hotel Tenera,  Bandar Baru Bangi. Capture dari beberapa lensa.

Selain dishes yang sedap, kami lebih kepada moment  meet and greet di kalangan reseller². Kerana selama ini kami hanya berbual di alam maya tanpa bersua muka. Sebahagiannya. 
Table kami bersama the bosses. 

Ini atok aii.. Hehe

No komen.. Hahahaha 

Keluarga kecil fms team







The ballroom. Voila! 

Thanks For The Memories.

Ingat DAG®, Ingat Bantal Hotel"
"Sleep Like A King"

#cabaran21harientri
#day11

#dasabdulglobal
#fmsteam
#usahawandag
#dag®
#wonderpillow

wa.me/60193391696




Yeayy.. Its final!

Assalamualaikum wbt  😋😍😍😘 Akhirnya genap sudah cabaran 21 hari, 21 entri! Ada hadiah tak??  😍😂😆 Tak semua entri adalah hasil...