Friday, March 22, 2019

DAG Gala Dinner 2019 - Tenera Hotel, BBB

Assalamualaikum wbt. 😘😍🌈

It's a throwback!  😀
Entri kali ni zana suka nak kongsi sedikit moment² ketika kami hadiri Gala Dinner baru² ini di Hotel Tenera,  Bandar Baru Bangi. Capture dari beberapa lensa.

Selain dishes yang sedap, kami lebih kepada moment  meet and greet di kalangan reseller². Kerana selama ini kami hanya berbual di alam maya tanpa bersua muka. Sebahagiannya. 
Table kami bersama the bosses. 

Ini atok aii.. Hehe

No komen.. Hahahaha 

Keluarga kecil fms team







The ballroom. Voila! 

Thanks For The Memories.

Ingat DAG®, Ingat Bantal Hotel"
"Sleep Like A King"

#cabaran21harientri
#day11

#dasabdulglobal
#fmsteam
#usahawandag
#dag®
#wonderpillow

wa.me/60193391696




Thursday, March 21, 2019

What's Satisfied you?

Setel baking, gua tulis naaa...

Assalamualaikum wbt.
Haha..ayat atas tu.. Takleh blah!  😅

Apa u all buat bila cuti CBS? Maklumlah,  macam zana ni CBS pada hujung minggu dan Ph  sahaja.
Tapi benar, zana seorang baker. Homemade baker. Cuma recently zana baking upon order sahaja. I baked anything.. Dari dessert,  pastry juga kek. Dan jangan lupa biskut. Baking is my passion. Zana suka seni dalam baking ni..sebab ada kelasnya yang tersendiri. Kepuasan yang berlainan bila siap menghasilkan sesuatu. Lebih gembira apabila customer puas hati dengan order mereka. 
Samalah juga apabila kita menjual sesuatu produk yang lain. Bantal hotel ni sebagai contoh. Zana akan berasa sangat gembira dan puas hati apabila kita dapat membantu menyelesaikan masalah tidur customer. Customer happy, selesa, lena malah rasa seperti tidur di hotel! Bingo!  😊😀
Feedback customer amat penting apabila kita menjual sesuatu produk. Tidak kira apa jenis produk. Kerana dari situ,  kita dapat menilai tahap kepuasan pelanggan, selain mewujudkan komunikasi 2 hala. Selain itu, kita dapat meningkatkan lagi kualiti sesuatu produk tersebut.

Ehh,  macam marketing pulak! Hehe..
Okey,  sampai sini sahaja untuk entri kali ini.
See u on next page! 😘

Hei,  why don't u guys drop a comment,  whats satisfied you? Thanks!

Ingat DAG®, Ingat Bantal Hotel"
"Sleep Like A King"

#cabaran21harientri
#day10

#dasabdulglobal
#fmsteam
#usahawandag
#dag®
#wonderpillow

wa.me/60193391696






Wednesday, March 20, 2019

APA BIG WHY KAMU?


Assalamualaikum dan selamat malam. Lewat sikit entri untuk hari ni.. Busy ape tah 😅

Malam ni suka zana nak kongsikan my BIG WHY.  Tak lain tak bukan, semestinya my parents. 😍 Pada usia 40 an begini,  tidak ramai yang masih stay dengan parents. Stay dan jaga. Itu dua benda yang berbeza yer. Sebelum ini juga zana stay berasingan dengan keluarga. Tak jauh mana, Putrajaya jer. Setelah hampir 10 tahun merantau di Putrajaya, akhirnya pada penghujung 2015, zana decide untuk pindah semula ke kampung halaman. 

Allah memang dah susun atur jalan hidup kita elok² kan?  Nak dijadikan kisah, pada Ogos 2016, my mom warded dan sejurus operation untuk kencing manis, Mama diserang stroke pula. Kali ni memang besar ujian Allah turunkan untuk keluarga kami. Selama sebulan berulang alik ke hospital. Bermulalah kisah nurse bidan terjun sejurus mama discaj. Sejak itu zana belajar banyak perkara dari segi simpton penyakit, penjagaan, dressing, terms, rawatan, ubatan dan even fisio pun kena belajar. Hinggakan setiap doktor pakar yang kami jumpa menyangka zana ni student medical! 😅

Rutin kehidupan kami sekeluarga berubah. Lebih² lagi zana yang masih bekerja ni. Masuk kerja lewat, limitkan out station dan waktu bekerja demi fokus kepada rehabilitasi mama. Walaupun kami berhadapan dengan kekangan kewangan, namun kami bersyukur apabila LZS membantu kami dari segi bantuan lampin pakai buang dan susu. 

Masa berlalu tanpa sedar, sudah lebih setahun mama stroke. Dan demi membantu abah untuk sama² menjaga mama,  tanpa berfikir panjang pada Disember 2017, zana tender resign letter. Just like that. 

Maka, pada 2018 bermula kehidupan dengan bekerja sendiri. The good things yang zana nampak, ujian ini merapatkan lagi hubungan kami sekeluarga kerana sebelum ini zana bukan sejenis yang rapat dengan parents. Tq Allah. Alhamdulillah. 

Alhamdulillah, walaupun pada awalnya income tak menentu, zana masih survive! Yeahhh. .! 
Sehinggalah zana bertemu dengan produk DAG ni...next April, genap setahun bersama DAG! 💪
Apa saja yang zana lakukan,  semua adalah untuk keluarga, di samping cuba melunaskan hutang² terakru.. Hehe.. Apa pepatah mat salleh tu? Bread winner of the family? Blasah... Hahaha..Asalkan u happy with what u do. 

Alright, sampai sini dulu coretan malam ni. Doakan mama selalu sihat, abah n zana selalu sihat untuk menjaga mama okey!

Wasalam. 


Ingat DAG®, Ingat Bantal Hotel"
"Sleep Like A King"

#cabaran21harientri
#day9

#dasabdulglobal
#fmsteam
#usahawandag
#dag®
#wonderpillow

wa.me/60193391696



Tuesday, March 19, 2019

CLASSIC YANG TERLAJAK LARIS!

Assalamualaikum dan selamat petang. 😘

Hari ni sis nak sembang berkenaan bantal DAG yang paling laris. Sudah lebih 800,000 unit terjual sejak 2016.
Sekiranya anda masih baru dengan produk DAG dan buntu tidak tahu nak beli yang mana, pilih  saja bantal H Classic. H-Classic mempunyai tekstur yang ‘just nice’ - tidak terlalu keras, tidak terlalu lembut - dan sesuai buat semua orang, termasuk yang mempunyai asma.

H-Class koleksi bantal 4 Bintang. Hygiene - tidak berdebu dan anti alergik. Sangat bagus untuk mereka yang asma. Lembut & gebu - dibuat dari bahan yang empuk. Sesuai dengan tekstur kepala dan bahu. Selesa dan tidak panas Mudah untuk dicuci & dijaga.Tidak memerangkap lembapan seperti habuk dan peluh yang sebabkan bantal menjadi lembab, busuk, gatal dan tekstur dalaman menjadi lembik. 


Kelembutan dan tekstur bantal ini dapat menyelaraskan kepala, leher dan juga tulang belakang anda yang menjanjikan tidur yang nyenyak dan lena. Senang untuk dibasuh serta tidak menyerap peluh dan lembapan habuk yang boleh membuatkan bantal menjadi hapak dan busuk. 

Plus, bantal ni pun mudah dibasuh hanya campak je dalam washing machine, dengan cucian suam (cadangan terbaik adalah mesin basuh pintu depan/ dobi) Tak payah nak sental-sental, dan bantal anda kembali gebu dan fluffy!

Kenapa ia laris? Kerana ia bantal dengan harga mampu milik dan wajib ada di setiap rumah rakyat Malaysia!  😍😍😁😊
Ingat DAG®, Ingat Bantal Hotel"
"Sleep Like A King"

#cabaran21harientri
#day8

#dasabdulglobal
#fmsteam
#usahawandag
#dag®
#wonderpillow
wa.me/60193391696



Monday, March 18, 2019

MIDNIGHT SEVENTH...


 

MUHASABAH MALAM INI

Semakin banyak KITA
Berbicara tentang
DIRI sendiri
Semakin banyak
Pula kemungkinan
Untuk kita berbohong

Kebohongan ITU
MenyelamatkanMU
Sementara tapi bisa
MenghancurkanMU
SelamaNYA

KITA sering lupa
Dia senantiasa
Melihat KITA

KITA sering lupa
Yang DIA selalu ada.

Kita sering lupa
DIA dekat sangat
Dengan KITA

Lebih dekat
Daripada Apa
Sangkaan KITA

KITA sering lupa
DIA memberi
KITA  segala-galanya

Alangkah lupanya KITA

Sebab itu
Kita perlukan
Seorang sahabat
Yang dapat mendengarkan
Lagu di dalam hati KITA
Dan akan menyanyikan
Kembali  Akan bait-baitnya
Tatkala KITA sedang lupa

Sebagaimana sebuah
Pesanan hikmah
Khalifah Umar Al Khattab:

"Orang yang paling aku
suka adalah orang yang
Menunjukkan kesalahanku"

#SELAMAT_MALAM
#SESAMA_MEMAAFKAN

Ingat DAG®, Ingat Bantal Hotel"
"Sleep Like A King"

#cabaran21harientri
#day7
#tqforsharingfadz

Sunday, March 17, 2019

KORANG PERNAH ALAMI KEMURUNGAN?

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu! 

Panas hari ini guys.. Panas lit²..panas jepret kata orang jawa. Nasib baiklah park bawaH pokok ni..reduplah sikit.. Tapi sales kurang lebat hari ni. But compare to yesterday,  today is better. Semalam tu merundum terus! Bukan dapat kemurungan je, mungkin boleh anaroxea sekali! 😅😁🤣 Apa boleh buat,  rezeki takat tu je semalam. Terima saja. Yang penting, teruskan hidup! Trust the process! 

Bukan setiap hari sale jual bantal ni mencanak² guys. Ada masa kau memang pegi dan balik dengan bonet yang penuh. Ibarat macam hari tu kau cuma display bantal dengan tag bertulis, "FOR DISPLAY ONLY. NOT FOR SALE" 😁😁🤣🤣

Sebagai contoh, tahun lepas zana join event FLORIA PUTRAJAYA 2018, 9 hari. 5 hari saja ada sale. Yang lain, makan angin. Hehe.. Tapi zana dan partner mengambil langkah pro aktif, dengan membuka satu lagi booth berhampiran kawasan parkir. Haa.. Masa tu lah kami pulun sale.. Kalau tak silap terjual hampir 300 biji! Rezeki. .Masa tu lah.. Tapi masa nilah zana uografe dari reseller kepada Premium Reseller.. Manisnya saat itu.. Hihi...
Selesai Floria, zana sewa tapak di Bazarena @ Pasar Karat Seksyen 13 Shah Alam. Hampir 3 bulan berniaga di sini, sale takdelah kencang sangat tapi boleh lah daripada tak da, lepaslah duit tapak dan minyak dan upah sikit. Masa tu reseller belum ramai seperti sekarang. Sampai satu ketika ni, zana keluar dari pasar karat. Sebab? Biarlah rahsia...hehe.. Masa ni memang kemurungan sekejap

Sejak itu zana kembali ke pinggir jalan,  buka bonet dan jual bantal. Sesekali, zana akan join event. Korang ingat bukak bonet customer berpusu serbu ke? Pelan pelan kayuh dik..lama² orang akan nampak. Yang tengah down tu,  jangan main biola lama², ayuh bangkit! 

Dah panjang mencoret ni, customer slow hari ni. Jadi ada masa nak menulis. 😊 Sampai sini saja untuk hari ni. Jumpa esok! Wassalam. 

"Ingat DAG®, Ingat Bantal Hotel"
"Sleep Like A King"

#cabaran21harientri
#day6

#dasabdulglobal
#fmsteam
#usahawandag
#dag®
#wonderpillow


Saturday, March 16, 2019

JUAL BANTAL NI HATI KENA KENTAL BEB!

Assalamualaikum dan salam sore! 

Begitulah kehidupan. Yang pergi akan tetap pergi. Yang sedia ada harus meneruskan hidup. Walaupun tragis, Life must go on! Ayuh doakan mereka yang syahid semalam telah sampai ke syurga dengan gembira. Aamin.

Zana suka bercar boot sale ni. Walaupun banyak cabarannya,  namun terselit kepuasan setiap kali customer membawa pulang si putih gebu ni. Ada cabaran ke? Bukan ke senang jer.. Buka bonet, gantung bantal,  gantung bunting, dan jual! Tidak... Tidak semudah itu. Kita kena cari lokasi strategik, laluan tumpuan trafik, kawasan selamat untuk parkir dan paling penting tidak menganggu lalu lintas khususnya. 

Itu belum kalau tiba² hujan atau panas terik sepanjang hari (macam hari ni) . Muka sunburn dan gelap tu biasa dah. Hehe..  Dan belum lagi kena ambush dengan pihak majlis. (setakat ni belum lagilah)


Ada kalanya, bila dah dapat lokasi yang 'ngam', customer pulak tiada yang berhenti. Apatah lagi membeli. Sedangkan kita dah menghabiskan masa sepanjang hari menunggu di lokasi. (tak ingat berapa kali tukar tempat)  ini nama dia proses try and error. Kalau tak cuba,  memang tak tahu. Bak kata Doc,  Trust the process. Giteww... 

Dugaan hari ni, tayar pancit dan bateri tiba² kong. Kalau orang yang tak tabah,  rasanya tak keluar berniaga dah, duduk saja di rumah. Tapi duit takdelah.😁😅 Dannnnn...Sale juga kurang memberangsangkan hari ni. Mungkin orang belum gaji. Mana tahu. Senyum saja. Cukup masa kita tutup bonet dan balik.  



Itu sahaja perkongsian hari ini. Tak banyak pun. Cuma sedikit sharing bagi yang belum biasa CBS. Kepada yang bbnu, selamat ber cbs! Jumpa esok!  😁😀


"Ingat DAG®, Ingat Bantal Hotel"
"Sleep Like A King"

#cabaran21harientri
#day5

#dasabdulglobal
#fmsteam
#usahawandag
#dag®

wa.me/60193391696



Friday, March 15, 2019

Christchurch Bersedih...

Assalamualaikum. 
Kami selaku wakil daripada HQ DAG dan Usahawan DAG ingin merakamkan salam takziah buat mangsa-mangsa yang terlibat dengan serangan yang mengambil tempat di Christchurch, New Zealand. Mari sama-sama mendoakan keselamatan umat Islam yang berada di sana dan semoga urusan mereka dipermudahkan serta sedekahkan Al-Fatihah buat mangsa-mangsa yang terkorban.
.
Difahamkan seramai 40 maut manakala 20 lagi mengalami cedera parah dalam serangan bersenjata di dua masjid : Masjid Al-Noor dan Masjid Linwood ketika solat Jumaat tengah hari tadi.

Ikuti kisah tersebut di:
http://www.astroawani.com/berita-dunia/tragedi-solat-jumaat-40-terkorban-dalam-tembakan-rambang-christchurch-201233

*Sleep Like A King*
“Ingat DAG®, Ingat Bantal Hotel 7 Bintang”


#Christchurchbersedih 
#prayforchristchurch
#ChristchurchMassShooting  
#NewZealandMassShooting 
#AlNoorMosque 
#LinwoodMosque 
#DasAbdulGlobal #DAG® 
wa.me/60193391696

Thursday, March 14, 2019

MALU APA BOSSKU!

Assalamualaikum wbt. Salam petang Khamis semua. 



Alhamdulillah, 3rd entry hari ni nampaknya. Masih berterusan. Ketika entri ini ditulis,  zana berada di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Menghadiri kelas talaqi. Rutin setiap malam khamis. 


Okey, back to topic. Zana memulakan aktiviti Car Boot Sale Bantal (CBS) ni bantal sebelum bulan Ramadan tahun lepas. Kalau tak silap bulan Jun 2018. CBS pertama di Petronas Setia Alam. Cuaca panas terik ketika itu dan Trafik sangat sibuk, maklumlah, jalan utama. Gantung bantal di bonet dan bersedia menghayun bantal di tepi jalan. Masa tu malu jangan cakaplah. Memang malu. Tapi kuatkan semangat dan pakai lah shade, takdelah nampak malu sangat. 😅

 

Lebih sejam berada di situ, tiada yang berhenti bertanya apatah lagi membeli. Tidak lama, dapat panggilan sahabat reseller. Mengajak CBS di Bukit Jelutong. Tanpa berlengah, terua kemas bantal dan menuju ke Bukit Jelutong. Dalam masa kurang 15minit sampai ke destinasi, sahabat telah menanti.  Zana terus saja set up bantal di bonet, usai saja set up, kami terus beraksi melambai bantal. Terus ada customer yang menyinggah, bertanyakan harga dan terus membeli. Seronok! Malu tu entah ke mana! Petang itu kami telah menjual lebih dari 20biji bantal dalam masa beberapa jam sahaja. 

Benar, rezeki mesti ada untuk mereka yang berusaha. Yang penting rajin dan buang perasaan malu. Walaupun JUAL BANTAL JERR.... 😁😁

Wednesday, March 13, 2019

MACAM MANA BOLEH TERJEBAK NI..?

Assalamualaikum! 

2nd entry today! Seronok nampak? Ehh,  mestilah... Hari ni accidently jumpa dengan Mami Ida Juhari..lepak dan sembang di KFC Pekan Sg Besi. Seperti kfc tu kami yang punya.. Hahaha! 


Ralit bersembang sampai terkeluar kisah bagaimana terjebak dengan aktiviti membantal ni. Nak diringkaskan cerita, kisah bermula apabila kereta zana dan kereta ML zana sama² tersadai di tepi jalan. Kedua² nya bateri kong. 😅 (Maaf,  terlupa pulak bagaimana boleh ter'add ML kat Facebook sebelum ni.  Dan,  kami bersembang menerusi aplikasi facebook sahaja ketika itu. Dari kisah kereta sehingga tertimbul topik bantal. Dari situ timbul minat untuk mencuba. Walaupun zana sedar, zana tak pernah menjual produk orang. Jeng jeng jeng... !

Bermula dari itu, zana start post di whatsapp² group dan status. Dan sejak itu, semakin banyak order masuk, seterusnya zana sign up untuk jadi Reseller sah (sejak April 2018...belum ada setahun pun 😄) 

Seronok rupanya berniaga bantal ni. Sebab dapat pegang cash.. Yang banyak! Tapi cashflow ke laut sangat masa ni. Belum pandai manage..kadang simpan. Kadang tak. Kadang terpakai. Lepas tu tak ganti². Aduhai...tapi yes,  sangat seronok. Pengalaman yang sangat berharga. 

Apa yang seronok sangat jual bantal ni? Next... 
Assalamualaikum.



Tuesday, March 12, 2019

"WUJUDKAN YANG TIADA, HIDUPKAN YANG MATI"

Assalamualaikum wbt... 

Akhirnya setelah sekian lama tak bernyawa, kini zana cuba untuk menyahut Cabaran Entry 21 Hari DAG. Bunyi macam senang,  namun...! Adoiii.. Untuk orang yang dah lama tak menulis, (zana dulu aktif Google+, sekarang dah bersawang) otak agak tepu untuk mengeluarkan ilham. 

Terima kasih kepada Madam Sapinah yang mencabar kami untuk mewujudkan blog spot ini. Tapi,  not bad jugak. Cabar diri sendiri untuk buat sesuatu yang baru, selain dari FB dan IG. Apa salahnya kan? 


Harap² zana akan konsisten untuk terus post entri di blog ini. Kita post entri yang murni² dan bermanfaat okey!

InshaaAllah, kita jumpa di entri seterusnya! 

Zana Aniz 
Premium Reseller DAG

"Ingat DAG®, Ingat Bantal Hotel"
"Sleep Like A King"

#cabaran21harientri
#dasabdulglobal

Yeayy.. Its final!

Assalamualaikum wbt  😋😍😍😘 Akhirnya genap sudah cabaran 21 hari, 21 entri! Ada hadiah tak??  😍😂😆 Tak semua entri adalah hasil...