Tuesday, April 2, 2019

Yeayy.. Its final!

Assalamualaikum wbt  😋😍😍😘

Akhirnya genap sudah cabaran 21 hari, 21 entri! Ada hadiah tak??  😍😂😆

Tak semua entri adalah hasil dari penulisan sis sendiri. Some ada yang sis ambil dari artikel kerana merasakan artikel tersebut bagus dan boleh memberi manfaat ataupun idea. Sebab adakalanya otak ni pun tepu.. Apa nak tulis hari ni. Itu tak bermaksud sis suka² cut and paste tau..😆😁😅 walaupun ramai yang buat begitu. Sis suka membuat carian atau google artikel, dari situ sis boleh tau trace beberapa writing yang sebijik dan bulat² isinya. 😅 Nak buat macam mana kan.. Dah nama pun Public searching. Taiplah apa saja di carian,  akan keluarlah segala link yang berkaitan. 
Hah, siap satu perenggan?  Bukan susah pun nak menulis ni sebenarnya. Andai dapat satu point atau tajuk yang menarik boleh saja kita garap dan kembangkan menjadi sebuah karangan yang menarik. Senang bukan? Ia akan menjadi susah apabila kita terlalu tertekan dengan sesuatu keadaan. Namun, adakalanya sewaktu kita tertekan, perkara yang kita terpaksa lakukan akan terhasil walau pun tak perfect. Yang penting siap.

Ataupun,  buat sesuatu kerana reward. Reward tu sebenarnya sebagai penyuntik semangat. Apabila diarahkan atau disuruh melakukan sesuatu, dengan reward,  seseorangan itu akan melakukan kerja tersebut dengan bersungguh².

Sis harap selepas ni sis akan terus menulis. Kepada yang sudi membaca hingga habis,  jutaan terima kasih sis ucapkan.  Tiada hadiah, hanya secebis doa dari sis..semoga hidup kalian sentiasa diberkati Allah swt.  Walau apa jua yang kita lakukan, lakukan kerana Allah Taala kerana reward dari Allah adalah sebaik-baik ganjaran. Wallahualam.


Ingat DAG®, Ingat Bantal Hotel"
"Sleep Like A King"

#cabaran21harientri
#day21

#dasabdulglobal
#fmsteam
#usahawandag
#dag®
#wonderpillow

wa.me/60193391696







Monday, April 1, 2019

Suka makan apa?

Assalamualaikum wbt. 😋😋😋🍓🍓🍓

Entri ini ditulis ketika sis tengah lapar, perut berkeroncong minta diisi. Cuaca panas, masih bercbs.. Kat mana nak makan ni? Namun. Niat tersebut mati di situ. Sebagai mengalas perut, sis berjalan ke petronas dan beli sebotol minuman sejuk serta 2 jenis bun.

Sebenarnya sis nak kongsi kisah mengenai Kedai Makan Alas Daun yang baru² ni telah bersiaran di slot Jalan Jalan Cari Makan TV3. Dengarnya selepas on air kelmarin,  sambutan pelanggan amat luar biasa! Tahniah Team Alas Daun! 
Secara ringkas, Kedai Makan Alas Daun telah dibuka sekitar 2015 (kalau tak silap,  sebab tahun yang sama sis back off dari share partner butik) oleh pakcik sis sendiri, iaitu adik kepada abah sis. Dibantu dan diuruskan oleh anak serta menantu beliau. Makcik sis juga menyediakan masakan panas di situ. Kiranya bisnes family lah ni. 

Menu utama di sini ialah kambing bakar,  soto satay yang menggunakan lontong instead of ketupat nasi  dan satay resepi turun temurun keluarga Saring (arwah Datuk sis). Di samping menu masakan panas yang variety serta yang selalu menjadi kegemaran iaitu nasi goreng cekur pedas menyengat. Kambing bakar dan satay kambing pula dihidangkan dengan sambal kicap istimewa yang pasti membangkitkan selera anda. Fuhh,  Sedap nih! 


Kedai Alas Daun dibuka setiap hari dari jam 6.00petang hingga lewat 12.00malam. Sekiranya anda tercari² menu lain dari yang lain,  boleh saja singgah di Kedai Alas Daun yang beralamat di Taman Iskandar, Batu 8, Bukit Kapar, Klang.

My favorite?  Dah tentu soto ayam dan kambing bakar!  😋😋😋




https://youtu.be/w1WO-jast-s
Lokasi/ alamat:         KEDAI MAKAN ALAS DAUN, NO 9 SOLOK ISKANDAR 1E TAMAN ISKANDAR BATU 8 1/2 BUKIT KAPAR, 42200 KLANG SELANGOR.                 
 https://goo.gl/maps/Ep6D7MUMBNN2

Ingat DAG®, Ingat Bantal Hotel"
"Sleep Like A King"

#cabaran21harientri
#day20

#dasabdulglobal
#fmsteam
#usahawandag
#dag®
#wonderpillow

wa.me/60193391696


Yeayy.. Its final!

Assalamualaikum wbt  😋😍😍😘 Akhirnya genap sudah cabaran 21 hari, 21 entri! Ada hadiah tak??  😍😂😆 Tak semua entri adalah hasil...